Beras konjac atau lebih dikenali dengan panggilan dry konjac rice merupakan sebuah pilihan makanan yang sangat baik untuk mereka yang sedang berusaha untuk menurunkan berat badan atau menjaga kesihatan secara keseluruhan. Salah satu kelebihan utama beras konjac (dry konjac rice) ialah kandungan serat semulajadi yang sangat tinggi, di mana setiap hidangan beras konjac (dry konjac rice) mengandungi hampir 3 kali ganda serat berbanding beras biasa. Serat yang tinggi ini dapat membantu memberikan rasa kenyang yang berpanjangan dan mengurangkan selera makan, seterusnya membantu dalam usaha untuk menurunkan berat badan.
Menurut kajian, konjac juga dapat menggantikan fungsi gelatin dalam meningkatkan tekstur serta mengurangkan sineresis (Harmayani et al., 2014). Sineresis bermaksud pemisahan cecair daripada gel atau gelatinum dalam proses pembuatan makanan (Karo et al., 2021). Keadaan ini menjadikan konjac sebagai pilihan yang baik untuk digunakan dalam pembuatan produk makanan kerana ia tidak hanya memberikan tekstur yang menarik malah mengandungi nutrien yang baik untuk metabolisme tubuh.
Selain itu, diet yang mengandungi tepung konjac atau glukomannan konjac juga dianggap lebih sihat, dan makanan ini popular di banyak pasaran Asia dan Eropah. Malah, disebabkan sifat pelekat glukomannan konjac, ia boleh membentuk lapisan pelindung pada permukaan usus (Sirotkin, 2021; Du et al., 2021). Tambahan pula, glukomannan konjac juga boleh menurunkan tahap glukosa, kolesterol, trigliserida, dan tekanan darah serta membantu dalam penurunan berat badan (Harmayani et al., 2014). Kesan meluas ini dapat mencegah banyak penyakit kronik melalui pengawalseliaan metabolisma (Koto et al., 2020)
Tambahan pula, selain serat, beras konjac (dry konjac rice) juga dikatakan mengandungi banyak manfaat kesihatan lain. Ia diyakini dapat membantu mengawal paras glukosa dan kolesterol dalam darah, memberikan rasa kenyang yang berpanjangan, serta membantu melancarkan pembuangan (Mawarno & Lewerissa, 2022). Walaupun beras konjac (dry konjac rice) tidak menawarkan banyak nutrisi lain seperti protein, vitamin, dan mineral seperti beras biasa, ia masih mempunyai kelebihan tersendiri dalam membantu mengurangkan berat badan dan masalah kesihatan berkaitan .
Secara keseluruhannya, beras konjac (dry konjac rice) menawarkan pelbagai kelebihan yang boleh diperoleh oleh mereka yang sedang berusaha untuk mengawal berat badan ataupun memperkemaskan corak pemakanan ke arah yang lebih sihat. Ia boleh menjadi pilihan yang baik untuk dijadikan sebagai sebahagian daripada diet seimbang dan gaya hidup sihat.
References:
1. Du, Q., Liu, J., & Ding, Y. (2021, November 1). Recent progress in biological activities and health benefits of konjac glucomannan and its derivatives. Elsevier BV, 26, 100270-100270. https://doi.org/10.1016/j.bcdf.2021.100270
2. Harmayani, E., Aprilia, V., & Marsono, Y. (2014, November 1). Characterization of glucomannan from Amorphophallus oncophyllus and its prebiotic activity in vivo. Elsevier BV, 112, 475-479. https://doi.org/10.1016/j.carbpol.2014.06.019
3. Karo, F Y., Sinaga, H., & Karo, T. (2021, June 1). The use of konjac flour as gelatine substitution in making panna cotta. IOP Publishing, 782(3), 032106-032106. https://doi.org/10.1088/1755-1315/782/3/032106
4. Koto, Y., Purnama, A., & Jumari, J. (2020, April 30). Pola Hidup Sehat Dalam Mengurangi Hipertensi Dan Diabetes Di Cengkareng. , 1(01), 12-16. https://doi.org/10.33221/jpmim.v1i01.564
5. Mawarno, B A S., & Lewerissa, K B. (2022, December 30). Kajian Proporsi Air Kelapa-Sari Daun Kelor (Moringa oleifera) dan Konjac Powder Terhadap Kualitas Fisikokimia dan Sensoris Jelly Drink Kelor. Ahmad Dahlan University, 58-65. https://doi.org/10.12928/jfc.v5i2.6811
6. Sirotkin, A V. (2021, June 1). Can konjac (Amorphophallus konjac K. Koch) and it constituent glucomannan be useful for treatment of obesity?. Elsevier BV, 24, 100343-100343. https://doi.org/10.1016/j.obmed.2021.100343
Leave a reply